Monyet adalah haiwan paling banyak digunakan dalam kajian
perubatan kerana spesies itu hampir sama
dengan sistem tubuh manusia.
Dunia Adnan
Isnin, 4 November 2013
Selasa, 29 Oktober 2013
doktor cakap..
Doktor memberitahu,apabila mengalami sakit kepala,mereka
sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.Sebaliknya ,mereka
akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol
adalah bertoksik kepada tubuh badan kita.Ia merosakkan organ hati.
Menurut
doktor tersebut,Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5
tahun.
Menurutnya lagi,pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak
Panadol semasa kedatangan haid kerana
tugasnya perlu berdiri sepanjang masa
penerbangan.Dia kini baru berumur 30-an
tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang(dialisis)setiap bulan,
Isnin, 28 Oktober 2013
bila budak kecik bertanya..
Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.
Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"
Ayah: "Tak boleh sayang.."
Anak: "Kalau adik nak update juga?"
Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:
1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"
2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"
3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"
4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"
5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"
6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)
7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."
8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"
Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"
Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."
Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."
Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"
Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.
Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."
Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin
Sabtu, 26 Oktober 2013
doa untuk orang yang mengalami kesulitan
Do'a Untuk Orang Yang Mengalami Kesulitan
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً.
Ya Allah. Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah Engkau jadikan mudah, jika Engkau menghendakinya.”
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً.
Ya Allah. Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah Engkau jadikan mudah, jika Engkau menghendakinya.”
Khamis, 10 Oktober 2013
cairan bening
Air mata adalah tindak balas semula jadi manusia apabila
sesuatu terjadi kepada diri.Air mata mempunyai pelbagai pengertian yang menggambarkan
perasaan seseorang.Kebiasaannya,apabila sebut saja air mata mesti dikaitkan
dengan kesediham namun terdapat pengertian lain yang boleh dimaksudkan dengan
air mata ini.
Air mata berasal dari darah di mana ketika cairan darah
masuk ke dalam kelenjar air mata,dinding sel yang dilalui bekerja untuk
memberikan unsur warna merah lalu menghasilkan cairan bening yang disebut
sebagai air mata.Ketika air mata keluar,dapat dirasakan darah mengalir naik ke
kepala.
Setiap kali mengerdip mata secara berulang sebanyak15-20 kali dan pada saat itu air mata
membasahi permukaan mata tanpa kita sedari.Fungsi utama air mata juga adalah
untuk membawa unsur asam dan zat gizi ke
mata serta mencegah masuknya bakteria atau virus yang terkandung kotoran di
dalam mata.
Khamis, 3 Oktober 2013
Rekod misai terbatal
Seorang pemegang Rekod buku Guiness kategori misai terpanjang mengambil keputusan memotong misainya selepas 32 tahun.
Ram Sing Chauhan,58,dari Jaipur,wilayah Rajasthan,India nekad memotong misainya sepanjang 4.26 meter,baru-baru ini.
“Misai ini adalah milik peribadi paling berharga sejak tahun 70-an,”katanya.
Menurutnya,dia menghabiskan dua jam sehari mendandan rapi misainya yang mula disimpan sejak usia remaja.
“Di India budaya menyimpan misai adalah lambang kebanggaan dan rasa hormat,”katanya.
Beliau berkata,’rezeki’ misainya memberi peluang kepada beliau menjelajah ke Itali dan Jerman sebagai objek pameran.
“Apabila saya bangun pagi,perkara pertama saya lakukan adalah mengurut misai menggunakan minyak kelapa,zaitun atau minyak badam,itu adalah petua berkesan menjadikan misai saya lebat.'”
“Saya tidak mengguakan syampu atau sabun kerana ia boleh merosakkan,”katanya.- Dailymail.
Ahad, 15 September 2013
KLCC
Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-5 tertinggi di dunia.Ia terletak di Segi Tiga Emas,bandar raya Kuala Lumpur dan pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Buj Khalifa,Taipei 101,Shanghai Word Financial Center dan The International Commerce Center dari tahun 1998 hingga 2004.
Tun Dr Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah orang yang bertanggungjawab atas pembinaan menara berkembar ini.Selain itu,ada artiket asing yang bertanggungjawab mereka bentuk binaan ini bernama Cessar Pelli dari Argentina.
Tiga orang kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggarakan pembinaan KLCC iaitu Hazama Corporation ( Jepun ),Samsung C & T serta Kukdong Engineering & Construction (Korea Selatan).
Kos keseluruhan untuk membina menara ini berjumlah USD 1.6 bilion.Hampir 4 tahun proses pembinaannya,ia mempunyai 88 tingkat keseluruhan dan ketinggian rasmi seperti tercatat ialah 451.9 meter.
Apa yang lebih menarik tentang KLCC ini ialah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalam seni bina serta reka bentuknya terutamanya bentuk Rub El Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut
Langgan:
Ulasan (Atom)






