Ahad, 15 September 2013

KLCC







Menara Berkembar  Petronas merupakan bangunan ke-5 tertinggi di dunia.Ia terletak di Segi Tiga Emas,bandar raya Kuala Lumpur dan pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Buj Khalifa,Taipei 101,Shanghai Word Financial Center dan The International Commerce Center dari tahun 1998 hingga 2004.

Tun Dr Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah orang yang bertanggungjawab atas pembinaan menara berkembar ini.Selain itu,ada artiket asing yang bertanggungjawab mereka bentuk binaan ini bernama Cessar Pelli dari Argentina.

Tiga orang kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggarakan pembinaan KLCC iaitu Hazama Corporation ( Jepun ),Samsung C & T serta Kukdong Engineering & Construction (Korea Selatan).

Kos keseluruhan untuk membina menara ini berjumlah USD 1.6 bilion.Hampir 4 tahun proses pembinaannya,ia mempunyai 88 tingkat keseluruhan dan ketinggian rasmi seperti tercatat ialah 451.9 meter.

Apa yang lebih menarik tentang KLCC ini ialah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalam seni bina serta reka bentuknya terutamanya bentuk Rub El Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan