Isnin, 4 November 2013

monyet





Monyet adalah haiwan paling banyak digunakan dalam kajian perubatan kerana  spesies itu hampir sama dengan sistem tubuh manusia.

Selasa, 29 Oktober 2013

doktor cakap..




Doktor memberitahu,apabila mengalami sakit kepala,mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.Sebaliknya ,mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh badan kita.Ia merosakkan organ hati.

Menurut doktor tersebut,Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi,pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan  haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang  masa penerbangan.Dia kini  baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang(dialisis)setiap bulan,

Isnin, 28 Oktober 2013

bila budak kecik bertanya..


Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin

Sabtu, 26 Oktober 2013

doa untuk orang yang mengalami kesulitan

Do'a Untuk Orang Yang Mengalami Kesulitan

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً.

Ya Allah. Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah Engkau jadikan mudah, jika Engkau menghendakinya.”







Khamis, 10 Oktober 2013

cairan bening





Air mata adalah tindak balas semula jadi manusia apabila sesuatu terjadi kepada diri.Air mata mempunyai pelbagai pengertian yang menggambarkan perasaan seseorang.Kebiasaannya,apabila sebut saja air mata mesti dikaitkan dengan kesediham namun terdapat pengertian lain yang boleh dimaksudkan dengan air mata ini.

Air mata berasal dari darah di mana ketika cairan darah masuk ke dalam kelenjar air mata,dinding sel yang dilalui bekerja untuk memberikan unsur warna merah lalu menghasilkan cairan bening yang disebut sebagai air mata.Ketika air mata keluar,dapat dirasakan darah mengalir naik ke kepala.
Setiap kali mengerdip mata secara berulang  sebanyak15-20 kali dan pada saat itu air mata membasahi permukaan mata tanpa kita sedari.Fungsi utama air mata juga adalah untuk membawa unsur  asam dan zat gizi ke mata serta mencegah masuknya bakteria atau virus yang terkandung kotoran di dalam mata.

Khamis, 3 Oktober 2013

Rekod misai terbatal



Seorang pemegang Rekod buku Guiness kategori misai terpanjang mengambil keputusan memotong misainya selepas 32 tahun.

Ram Sing Chauhan,58,dari Jaipur,wilayah Rajasthan,India nekad memotong misainya sepanjang 4.26 meter,baru-baru ini.

“Misai ini adalah milik peribadi paling berharga sejak tahun 70-an,”katanya.

Menurutnya,dia menghabiskan dua jam sehari mendandan rapi misainya yang mula disimpan sejak usia remaja.

“Di India budaya menyimpan misai adalah lambang kebanggaan dan rasa hormat,”katanya.

Beliau berkata,’rezeki’ misainya memberi peluang kepada beliau menjelajah ke Itali dan Jerman sebagai objek pameran.

“Apabila saya bangun pagi,perkara pertama saya lakukan adalah mengurut misai menggunakan minyak kelapa,zaitun atau minyak badam,itu adalah petua berkesan menjadikan misai saya lebat.'”

“Saya tidak mengguakan syampu atau sabun kerana ia boleh merosakkan,”katanya.- Dailymail.




Ahad, 15 September 2013

KLCC







Menara Berkembar  Petronas merupakan bangunan ke-5 tertinggi di dunia.Ia terletak di Segi Tiga Emas,bandar raya Kuala Lumpur dan pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Buj Khalifa,Taipei 101,Shanghai Word Financial Center dan The International Commerce Center dari tahun 1998 hingga 2004.

Tun Dr Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah orang yang bertanggungjawab atas pembinaan menara berkembar ini.Selain itu,ada artiket asing yang bertanggungjawab mereka bentuk binaan ini bernama Cessar Pelli dari Argentina.

Tiga orang kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggarakan pembinaan KLCC iaitu Hazama Corporation ( Jepun ),Samsung C & T serta Kukdong Engineering & Construction (Korea Selatan).

Kos keseluruhan untuk membina menara ini berjumlah USD 1.6 bilion.Hampir 4 tahun proses pembinaannya,ia mempunyai 88 tingkat keseluruhan dan ketinggian rasmi seperti tercatat ialah 451.9 meter.

Apa yang lebih menarik tentang KLCC ini ialah pengasimilasian motif dan unsur-unsur Islam dalam seni bina serta reka bentuknya terutamanya bentuk Rub El Hizb yang boleh didapati pada potongan tengah binaan tersebut



 


Jumaat, 13 September 2013

Balik awal

Pada suatu hari,si ibu kehairanan selepas anaknya bernama Ismail pulang awal pada hari persekolahan biasa.


Ibu : Ismail,kenapa kamu balik awal hari ni?Bukan ke sekarang ni baru pukul 10 pagi.

Anak : Ooo...Tadi cikgu tanya soalan.Lepas Ismail jawab dengan tepat,cikgu bagilah Ismail balik awal.

Ibu : Wah!Bagus anak ibu ni.Pandai rupanya.Apa soalan yang cikgu tanya kat Ismail tadi tu?

Anak : Cikgu tanya,siapa yang baling kasut kat muka dia.

Ibu : Hah?






Khamis, 12 September 2013

bunga mawar hitam



bunga mawar hitam yang tumbuh secara semula jadi hanya boleh didapati di Halfeti,Turki.



Khamis, 5 September 2013

mickey mouse







                  Ayat pertama yang dilafazkan oleh Mickey Mouse ialah "Hot dogs!Hot dogs!"








Selasa, 3 September 2013

kencing tikus





  • ·         Kes pertama kecing tikus dicatatkan pada 1907
  • ·         Jangkitan leptospirosis dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit,mata atau dengan selaput lender.
  • ·         Kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya sekitar bulan  Ogos hingga September dan Februari hingga Mac.

Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air,makanan atau tanahyang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti dan mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari,atau melaui sentuhan luka pada kulit

Isnin, 2 September 2013

marah




Karim dan Minah merupakan pasangan yang dah dua tahun berkahwin.Namun,apabila bertengkar,dorang selalunya berjaya mengawal emosi dengan baik sekali.

Karim : Saya kagum dengan sikap awak.Setiap kali kita bertengkar,awak pasti dapat mengawal emosi awak dengan baik.Macam mana awak mengawalnya,sayang?

Minah : Ohh!Senang je tu,bang.Saya masuk bilik air dan cuci jamban.

Karim :Hah?Macam mana cuci jamban boleh membantu pulak?

Minah : Sebab saya cuci jamban dengan menggunakan berus gigi awak.

Karim : @$%#&*







Ahad, 1 September 2013

coklat




kajian mendapati makan coklat akan meningkattkan kemahiran seseorang dalam matematik.



Sabtu, 31 Ogos 2013

coca cola






                                Pada asalnya,air minuman Coca Cola adalah berwarna hijau.




Khamis, 22 Ogos 2013

gigi





Gigi merupakan satu-satunya anggota badan yang tumbuh tetapi tak boleh membaik pulih dengan sendirinya.






Isnin, 19 Ogos 2013

gajah




 


                                   Gajah merupakan satu-satunya mamalia yang tak boleh terbang.

Khamis, 15 Ogos 2013

minion





Bahasa yang digunakan oleh minion dalam filem " Despicable Me " digelar minion-ese oleh pengarah filem berkenaan.



Selasa, 6 Ogos 2013

tulang manusia




25 peratus tulang yang berada di dalam tubuh badan manusia berada di bahagian kaki.